22 Juni 2012

Renungan Bagi Wanita yang Mengharapkan Syurga Allah


Wahai Wanita, Nabi Menangis Melihat Azabmu Di Neraka 
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: 
“Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. 
Kami bertanya kepada beliau, “mengapa engkau menangis Wahai Rasulullah?” 
Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyiksaan… maka bila ingat mereka, aku menangis."
Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah lagi yang engkau lihat?” 
Beliau bersabda: "Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kalajengking. Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keledai yang mendapat berjuta jenis siksaan."
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” 
Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Fatimah, adapun tentang : Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (berjilbab) di kalangan lelaki. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata. 
Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya.” Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka karena dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kalajengking karena dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhu' dan tidak solat serta tidak mau mandi wajib. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya. Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman karena mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka: Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya. Isteri Nabi Luth suka bertandang ke rumah orang. 

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Semoga kita tergolong ke dalam mereka yang diberi petunjuk oleh Allah...Aamiin....